Bahasa Malaysia
Sesi menarik ini akan membincangkan topik komunikasi serta penggunaan media sosial di dunia dan di Malaysia. Penggunaan Media Sosial sebagai pemasaran pada era digital ini menjadikan aplikasi Sosial Media penting dan berkesan, dan juga mengenali jenis media sosial serta umur pengguna adalah penting untuk mendapatkan sasaran pengguna yang dinginkan!
Di dalam sesi kali ini, saya akan kongsikan data dan maklumat berkaitan pengguna aplikasi media sosial di Malaysia, dan perkongsian ini juga akan melibatkan data dan maklumat pengguna media sosial di peringkat global.
1. Membantu anda untuk lebih memahami pendekatan paling sesuai untuk memasarkan produk anda
2. Memahami diri dan produk anda dengan lebih baik dan pastinya akan memberikan kelebihan kepada anda bagi memasarkan produk mengikut keperluan dan sasaran pengguna anda.
3. Dapat menyasarkan produk anda di luar negara dengan hanya memahami dimana pengguna anda berada didalam media sosial diperingkat global.
Komunikasi Sosial Media yang Berkesan