Ini bukanlah program servis pelanggan anda yang biasa. Program ini telah disesuaikan dengan pasaran tempatan untuk memberi fokus kepada cabaran atau isu kritikal dalam industri servis tempatan.
Dengan peningkatan dalam permintaan pelanggan dan bilangan pesaing dalam pasaran, makin mudah untuk pelanggan menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap servis pelanggan yang mereka terima. Hal ini akan membuatkan mereka beralih kepada pesaing dalam pasaran untuk memenuhi permintaan mereka. Berdasarkan keadaan ini, memberikan servis pelanggan yang cemerlang bukanlah sesuatu yang istimewa lagi, anda PERLU membina hubungan dengan pelanggan anda untuk meneruskan pertumbuhan bisnes.
Program ini bertujuan untuk memberikan kesan jangka panjang terhadap bisnes. Ia adalah untuk pihak yang terlibat dalam industri servis yang memerlukan anda untuk memastikan pelanggan anda merasa istimewa dan dihargai. Ini akan meningkatkan tahap kepuasan bekerja anda dan keinginan untuk mengambil tanggungjawab terhadap layanan pelanggan. Kumpulan anda akan merasa lebih fokus terhadap pelanggan dan mencari cara untuk sentiasa meningkatkan servis. Secara tidak langsung, bisnes anda sendiri akan mengalami peningkatan dalam kecekapan dan keberkesanan.
Servis Pelanggan Yang Cemerlang