FEN PROAKTIF disasarkan kepada belia yang bakal dan/atau baru memasuki alam pekerjaan – sama ada bekerja sendiri atau makan gaji.
Objektif utama FEN PROAKTIF adalah untuk memberikan pendidikan pengurusan kewangan peribadi bagi mempersiapkan belia sebelum memasuki alam pekerjaan.
FEN PROAKTIF memberi pendedahan kepada golong belia yang
akan memasuki alam pekerjaan untuk menguruskan aliran tunai dengan baik,
menyimpan dan melabur untuk membina kekayaan, menguruskan hutang dengan betul,
menangani risiko kewangan dan menggunakan sistem kewangan digital dengan yakin
dan selamat.
Kajian Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) mendapati
pengurusan kewangan peribadi secara berhemat semasa mula bekerja amat penting
bagi mengelakkan masalah kewangan berpanjangan seperti terjerat dengan hutang
di luar kawalan, terlibat dengan penipuan kewangan dan tidak mempunyai simpanan
semasa menghadapi situasi di luar jangka.
                                            
FEN PROAKTIF - Kursus Pendidikan Kewangan
No Review found