Non
Kursus ini menumpu pada persiapan pengendalian temuduga (interviewer) untuk menyediakan diri dengan pendekatan untuk menyoal calon berdasarkan soalan-soalan yang bernilai supaya proses temuduga tersebut efektif berdasarkan tingkah-laku dan prestasi.Temuduga berdasarkan tingkah laku dan prestasi berasal dari prinsip bahawa tingkah laku dan prestasi masa lalu adalah peramal terbaik tingkah laku dan prestasi masa depan. Untuk mejayakan prinsip ini, Pertama sekali, kita perlu fokus pada tingkah laku yang paling penting dapat membawa kepada kejayaan pekerjaan. Kemudiannya kita perlu menyediakan soalan-soalan yang untuk menguji calon tersebut.
Teknik temuduga berdasarkan tingkah laku akan membantu kita untuk mengenal-pasti kualiti yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau untuk sesuatu jawatan.
Soalan-soalan yang akan saya berkongsi dalam krusus in dapat membantu anda untuk menyedari sama-ada calon tersebut layak or tidak layak untuk memegang jawatan tersebut. Ini akan membantu kita untuk membuat pilihan tepat.
Selepas menamatkan kursus ini, peserta
dapat:
· Memahami mengapa temuduga tingkah laku dua hingga lima kali lebih tepat daripada temuduga tradisional.
· Mempraktikkan satu proses competency (kecekapan) until menguji dan menilai seseorang calon untuk jawatan tertentu.
· Dapat mengenal-pasti dan menerapkan princip temuduga tingkah-laku dan memilih calon berdasarkanprestasi kerja.
· Mengenali corak soalan tingkah laku dan menggunakan corak ini untuk merancang soalan berdasarkan pekerjaan, tingkah
laku, yang berdasarkan prestasi.
· Meningkatkan kemahiran temuduga yang berprofesional mealui strategi komunikasi yang berkesan dan teknik temuduga
tingkah laku.
Pengenalan kepada temuduga berdasarkan tingkah-laku dan prestasi pekerja
Matlamat kursus.
Kesilapan yang sering berlaku sewaktu mengendalikan temuduga.
Kesilapan yang dilakukan oleh orang yang mengendalikan temuduga.
Kaedah mengendalikan temuduga berdasarkan pendekatan yang lama.
Memperkenalkan temuduga berdasarkan tingkah-laku dan prestasi pekerja.
Perbezaan pendekatan iaitu temuduga tradisi melawan temuduga berdasarkan tingkah-laku dan prestasi untuk menilai kriteria pemilihan sewaktu mengendalikan temuduga.
Siapakah yang mendominasikan sesi temuduga? Adakalanya, calon cuba mendominasikan sesi tersebut untuk mempengaruhi pengendali temuduga.
Pendekatan untuk menilai seseorang calon.
Pendekatan untuk meramalkan prestasi dan sikap seseorang calon untuk memastikan dia sesuai untuk jawatan atau tugas tertentu.
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan dan pemikiran seseorang calon.
Sebelum mengendalikan temuduga, kita perlulah memahami apakah tugas-tugas atau ciri-ciri sesuatu pekerjaan. Kesilapan sering berlaku apabila kita gagal memahami pekerjaan tersebut. Oleh yang demikian kita perlulah menganalisa pekerjaan tersebut sebelum mengiklankan pekerjaan tersebut.
Menyedari diri melalui soalan-soalan untuk memastikan pekerja yang sesuai dipilih untuk pekerjaan tertentu.
Apakah kemahiran teknikal mencukupi? Ada diantara mereka yang bersijil dalam kemahiran teknikal, tetapi kerjanya tidak memuaskan, mengapa pula begitu?
Sebelum menendalikan temuduga, kita perlu memahami kehendak majikan. Kehendak itu hendaklah sesuatu yang boleh diukur. Oleh itu kita perlualah menetapkan prestasi yang dikehendaki untuk pekerjaan tersebut. Soalannya ialah, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'prestasi' itu?
Menyediakan profile prestasi berdasarkan pendekatan SMART.
Langkah demi langkah untuk menyediakan profile prestasi.
Contoh profile prestasi.
Pendekatan untuk menilai resume seseorang calon.
Bagaimana kita dapat menilaikan seseorang calon supaya kita dapat meramalkan tingkah-laku dan prestasi pekerjaannya.
Apakah yang dimaksudkan dengan soalan-soalan holistik? Bagaimana ia dapat membantu sesi temuduga.
Untuk mengumpulkan matlumat lanjutan seseorang calon, contohnya dari segi pengalamannya, pemikirannya, dan lain-lain, kita perlulah menggunakan soalan-soalan menyiasat.
Soalan-soalan pimpin - leading question, untuk mendapatkan lebih matlumat dan juga untuk menilai seseorang calon.
Soalan-soalan untuk menilai tingkah-laku dan prestasi seseorang calon.
Teknik menyoal.
Sepuluh situasi dan contoh-contoh soalan untuk dikemukakan pada calon.
Kemahiran Temuduga Berdasarkan Tingkah-Laku dan Prestasi